Khamis, 12 April 2012

Mengaktifkan diri




Salam semua. Yes, it has been ages aku tak update apa-apa pun kat blog. Been really busy to the max wa cakap lu.haha. This semester im taking 8 subjects thats why la tahap kesibukkan gua macam haram sedikit.Harap maklum. Dalam pada sibuk menuntut ilmu dunia dan ilmu Allah, aku sempat jugak la memaksa diri aku jebakkan diri dalam society kat kuliyyah aku. This is my first time joining the society since the past 1 and the half year i've been in UIA, so i'm quite excited about it. At first masa nampak meja pendaftaran ' registration for new sub-comm' I was like 'nak masuk ke tak' nak masuk ke tak'. Then I was like ' kang dah masuk,busy pulak, takda masa nak belajar'. Then one moment, my roomate said that she already took the form for me. Yipppie. haha. Macam tau-tau je roomate aku yg aku mmg nak join benda alah tu.haha. Nak dijadikan cerita supaya lebih enak di dengar, aku berjaya di serap masuk ke dalam EMSS SPORT SECRETARIAT. Aku tak minat biro lain so memang syukur la dapat biro yang aku minat. Since aku memang minat bersukan and rasa sukan tu sangat dekat dengan aku,aku pun apply la for Sport Bureau. The best part is my close friends sumedapat masuk biro yang sama, lagi la best kan, geng bas sekolah sume satu biro. haha. Since that day when I was offered to be part of the Sport Secretariat's member, I knew a lot of new things and the wonderful part is I got the chance to get to know many new friends.

Tak nak cerita banyak, aku just nak share my new family member kat uia ni. :-)

Kenapa harus sekarang?

Oh Kak 'Sal' kenapa lah kau muncul sekarang? Kenapa bukan dari dulu lagi? :-)





p/s: can't get rid of it.

Rabu, 11 Januari 2012

Terima kasih Malaysian Government!




Ye, apa yang anda lihat ini adalah baucar buku 1Malaysia yang diberikan oleh pihak Kerajaan Malaysia untuk semua penuntut dia IPT. Sangat-sangat membantu untuk mengurang beban rakyat yang bependapatan rendah. Thanks once again. Saya amat menghargainya.



P/s: jangan asyik nak mencari kesalahan orang lain, terima apa yang ada. Bersyukurlah.

kenangan lalu

Sekuat mana aku bertahan, aku masih terikat pada kenangan lalu.
Sejauh mana aku berlayar, bayanganmu mengekoriku.
Setekad mana hati ini mengatakan tidak padamu, semakin kuat tarikan itu.

Tapi, itu semua sudah berlalu.
Kau pergi meninggalkan aku walau aku tidak bersedia.
Terpinga-pinga aku mencarimu,
Rupanya-rupanya kau hanya kenangan lalu.

Sudah berakhir

Salam semua. Yes! Aku happy sangat-sangat sebab final exam for this semester baru je berakhir. Last paper was Principles of Macroeconomics. Not that bad, tapi MCQ dia boleh tahan la susah, aku rasa dia bagi 4 pilihan jawapan pun aku tak dapat-dapat jugak bulatkan jawapan yang betul. Haha. *mungkin aku yang xbaca tajuk tu*
Okay apa-apa pun semua dah selesai, usaha sudah diletakkan, jadi aku bertawakal je la kepada tuhan, kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku. InsyaAllah. Lepas ni apa lagi, CUTI la!!! Setelah berkira-kira, aku hanya akan bercuti riang ria raya selama 27 hari sahaja. Sedih! Cuba la genabkan sebulan, kan senang tu bila orang tanya 'cuti berapa lama ni?'. Ni kang aku nak kena jawab '27 hari je cuti'. Tak ke kelakar bunyinya tu. Haha.
So far, my beloved and only big sister have planned what am i going to do during my sem break. Yeay! I love you sis. Cant wait to go through this 27 days that i have with all those special stuff and moments. See ya.
Salam

Khamis, 10 November 2011

Kawan- kawan aku, kawan-kawan yang luar biasa.






Luar biasa? Ye memang kawan-kawan aku luar biasa. Limited edition diorang ni semua. Haha. Aku bersyukur kerana Tuhan mengurniakan aku dengan manusia-manusia hebat seperti mereka. Kemampuan untuk membuat aku gelak berdekah-dekah tanpa henti, kelapangan masa yang mereka ada untuk tengok movie seram dengan aku, kesanggupan mereka untuk makan di kedai-kedai mamak mahupun gerai tepi jalan bersama aku sangatlah menakjubkan. Kiotorang pernah buat gila tengok movie seramai 12 ke 13 orang. Korang bayangkan la dah macam rombongan Mak Jah. Haha. Seronok. Bukan apa, aku pernah la bertanya kepada kawan-kawan aku yang aku kenali di alam universiti, ada dalam kalangan mereka yang langsung tidak punyai kawan rapat mahupun 'geng-geng bas sekolah'. Menurut salah seorang dari mereka, kalau mereka pulang ke rumah atau kampung halaman apabila cuti, yang menjadi peneman hanyalah keluarga tersayang. Berbeza pula dengan aku. Sudah tentu, yang pertamanya Keluarga aku. Aku sememangnya aku terlebih 'excaited' untuk pulang ke rumah setiap minggu untuk jumpa keluarga aku. Terutama kakak aku. Keduanya, manusia-manusia hebat yang aku gelar mereka sebagai sahabat aku. Diorang ni pantang je cuti semester, mesti akan ada aktiviti yang di plan untuk 'gather' ramai-ramai. Seronok. The best part is aku dah rasa kitorang ni dah macam family. Ada dalam kalangan kitorang yang dah mengenali satu sama lain sejak di bangku sekolah rendah lagi. Lama tu. Sekarang umur masing-masing dah mencapai angka '2' di depanya. So korang kira la ye dah berapa lama kami bersahabat. =)
Cakap saja, dari menonton wayang, mendaki gunung, bersukan, bermakan-makan, pasti akan kami lakukan bersama-sama. Kalau musim raya tu lagi tak payah cakap, berderet-deret 'open house' yang menunggu. Boleh kata dalam sehari tu kitorang akan konvoi hingga 3 ke 4 rumah ye. So basically, sahabat-sabahat yang Allah SWT kurniakan buat aku ni bukan hanya ada dikala 'panas terik', malah mereka juga turut membantu satu sama lain ketika 'hujan'. Semoga persahabatan yang terjalin antara kita ni akan kekal sehingga ke akhirnya. InsyaAllah.

Minggu darurat.

Salam. Dah agak lama aku tak 'update' apa-apa dah kat blog ni. Maklum saja la, aku di tibunkan dengan segala 'assignment' atau aku gelarkannya sebagai ' university homework', aku juga hampir juling setelah melihat jadual bagi 'test' mid semester aku. 'BAGUS' sangat susunan jadualnya dan 'timing' nya. Dalam 1 hari, aku ada 2 paper. Semester kali ini aku ambil 6 subjek. 5 subjek kuliyah dan 1 subjek universiti. Nak dijadikan cerita, kelima-lima subjek kuliyah aku tu 'testnya' sebelum cuti raya haji. Memang berpinau jugak la mata aku ni siang hari malam study tak berhenti. Okay, tu tipu. Aku berhenti la untuk solat,makan, berak dan TIDUR. Haha. Di sebabkan jadual test yang teramat lah 'superb', aku terpaksa meredhakan diri ni untuk bertapa kat UIA Gombak tu. Untuk pengetahuan semua, minggu tu adalah minggu pertama untuk semester ni aku spend my weekend kat uia. Kalau tak, jangan harap la nak nampak batang hidung aku kt UIA ni. Haha. Dah nama rumah 'sekangkang kera' je dari U, so apa lagi PERSATUAN BALIK SETIAP MINGGU la jadinya. Haha.
But Alhamdlillah, dengan tabahnya aku lalui minggu-minggu 'indah' itu dengan jayanya. Hee. Last paper aku was on Thursday, so lepas je paper Ungs habis, aku terus balik mahalah dan packing barang-barang untuk bercuti selama seminggu. Sebenarnya, belum pun cuti mid semester bermula, dah macam-macam benda aku plan nak buat dengan famili dan kawan-kawan rapat aku. Excaited sungguh kan. Hee. Mak aku cakap aku ni gaya macam orang belajar luar negara, tak sabar nak tunggu cuti. Mesti beriya-riya nak balik rumah. Haha.
Okay, sehingga berjumpa lagi di entri yang akan datang. Aku akan update tentang aktiviti-aktivti yang aku buat ketika cuti. Bye!