Khamis, 10 November 2011

Minggu darurat.

Salam. Dah agak lama aku tak 'update' apa-apa dah kat blog ni. Maklum saja la, aku di tibunkan dengan segala 'assignment' atau aku gelarkannya sebagai ' university homework', aku juga hampir juling setelah melihat jadual bagi 'test' mid semester aku. 'BAGUS' sangat susunan jadualnya dan 'timing' nya. Dalam 1 hari, aku ada 2 paper. Semester kali ini aku ambil 6 subjek. 5 subjek kuliyah dan 1 subjek universiti. Nak dijadikan cerita, kelima-lima subjek kuliyah aku tu 'testnya' sebelum cuti raya haji. Memang berpinau jugak la mata aku ni siang hari malam study tak berhenti. Okay, tu tipu. Aku berhenti la untuk solat,makan, berak dan TIDUR. Haha. Di sebabkan jadual test yang teramat lah 'superb', aku terpaksa meredhakan diri ni untuk bertapa kat UIA Gombak tu. Untuk pengetahuan semua, minggu tu adalah minggu pertama untuk semester ni aku spend my weekend kat uia. Kalau tak, jangan harap la nak nampak batang hidung aku kt UIA ni. Haha. Dah nama rumah 'sekangkang kera' je dari U, so apa lagi PERSATUAN BALIK SETIAP MINGGU la jadinya. Haha.
But Alhamdlillah, dengan tabahnya aku lalui minggu-minggu 'indah' itu dengan jayanya. Hee. Last paper aku was on Thursday, so lepas je paper Ungs habis, aku terus balik mahalah dan packing barang-barang untuk bercuti selama seminggu. Sebenarnya, belum pun cuti mid semester bermula, dah macam-macam benda aku plan nak buat dengan famili dan kawan-kawan rapat aku. Excaited sungguh kan. Hee. Mak aku cakap aku ni gaya macam orang belajar luar negara, tak sabar nak tunggu cuti. Mesti beriya-riya nak balik rumah. Haha.
Okay, sehingga berjumpa lagi di entri yang akan datang. Aku akan update tentang aktiviti-aktivti yang aku buat ketika cuti. Bye!