Khamis, 10 November 2011

Kawan- kawan aku, kawan-kawan yang luar biasa.






Luar biasa? Ye memang kawan-kawan aku luar biasa. Limited edition diorang ni semua. Haha. Aku bersyukur kerana Tuhan mengurniakan aku dengan manusia-manusia hebat seperti mereka. Kemampuan untuk membuat aku gelak berdekah-dekah tanpa henti, kelapangan masa yang mereka ada untuk tengok movie seram dengan aku, kesanggupan mereka untuk makan di kedai-kedai mamak mahupun gerai tepi jalan bersama aku sangatlah menakjubkan. Kiotorang pernah buat gila tengok movie seramai 12 ke 13 orang. Korang bayangkan la dah macam rombongan Mak Jah. Haha. Seronok. Bukan apa, aku pernah la bertanya kepada kawan-kawan aku yang aku kenali di alam universiti, ada dalam kalangan mereka yang langsung tidak punyai kawan rapat mahupun 'geng-geng bas sekolah'. Menurut salah seorang dari mereka, kalau mereka pulang ke rumah atau kampung halaman apabila cuti, yang menjadi peneman hanyalah keluarga tersayang. Berbeza pula dengan aku. Sudah tentu, yang pertamanya Keluarga aku. Aku sememangnya aku terlebih 'excaited' untuk pulang ke rumah setiap minggu untuk jumpa keluarga aku. Terutama kakak aku. Keduanya, manusia-manusia hebat yang aku gelar mereka sebagai sahabat aku. Diorang ni pantang je cuti semester, mesti akan ada aktiviti yang di plan untuk 'gather' ramai-ramai. Seronok. The best part is aku dah rasa kitorang ni dah macam family. Ada dalam kalangan kitorang yang dah mengenali satu sama lain sejak di bangku sekolah rendah lagi. Lama tu. Sekarang umur masing-masing dah mencapai angka '2' di depanya. So korang kira la ye dah berapa lama kami bersahabat. =)
Cakap saja, dari menonton wayang, mendaki gunung, bersukan, bermakan-makan, pasti akan kami lakukan bersama-sama. Kalau musim raya tu lagi tak payah cakap, berderet-deret 'open house' yang menunggu. Boleh kata dalam sehari tu kitorang akan konvoi hingga 3 ke 4 rumah ye. So basically, sahabat-sabahat yang Allah SWT kurniakan buat aku ni bukan hanya ada dikala 'panas terik', malah mereka juga turut membantu satu sama lain ketika 'hujan'. Semoga persahabatan yang terjalin antara kita ni akan kekal sehingga ke akhirnya. InsyaAllah.