Ahad, 13 Mei 2012

Final Exam is just around the corner!

Ya Allah, pantasnya masa berlalu. My final exam for this semester will starts on 25th of May until 9th of June. Hisshhhh lama betul aku exam. haha. 6 papers. Just now i had a conversation with my mum. Aku : Ma, hari Rabu depan wani balik rumah dah. Mama : Kenapa? Aku : Kelas dah habis, study week dah start. Mama : Oh yeke? Bila start exam nya? Aku : Paper start 25may sampai 9june. Mama : Berapa paper semua? Aku : 6 paper ma Mama : Boleh CLEAR (pass) semua? Aku : *tergelak* dulu. InsyaAllah ma. Sekarang aku tengah merajinkan diri untuk submit 2 lagi assignment and satu lagi presentation. Org dah nak final, aku sibuk nak pergi buat presentation.haha. K then, till here. Salam

Khamis, 3 Mei 2012

PTPTN harus DIMANSUHKAN atau TIDAK?

Assalamualaikum buat semua. Seperti yang kita semua sedia maklum, negara kita kini sedang dihidangkan dengan isu pinjaman PTPTN. Aku sendiri tak pasti kenapa isu ni dengan secara tiba-tiba berbangkit, sedangkan kita semua tahu yang PTPTN ni dah lama bertapak dekat negara kita ni untuk bantu anak-anak Malaysia sambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di IPTA/IPTS. Ini pandangan saya sebagai seorang mahasiswa. Pada aku, pinjaman itu adalah bersifat bukan paksaan malah ia lebih kepada rela. Rela di dalam konteks ini membawa erti jika kamu mempunyai kudrat dan bersedia untuk membayar apa yang kamu telah pinjam, ianya tidak salah dari segi undang-undang.Malah di dalam Islam juga sangat menitik beratkan perihal hutang ini. Tetapi, yang menjadikan isu pinjaman PTPTN ini lebih hangat lagi menyengat ialah tentang 'bunga' atau di dalam bahasa inggerisnya 'interest' yang dikenakan oleh pihak PTPTN. Menurut sesetengah pihak, bunga yang dikenakan terlalu tinggi, malah ada juga yang merungut tentang 'caj perkhidmatan' yang dikenakan juga tinggi. Asalnya, jikalau kita rujuk kepada sistem ekonomi atau perbankan Islam itu sendiri, Allah swt telah terang-terang nyatakan di dalam kalamnya, iaitu Al-Quran bahawa Riba itu adalah haram di sisi agama. Jadi, siapa yang harus di persalahkan dalam hal pinjaman PTPTN ini? Adakah golongan yang memaksa supaya pinjaman ini dimansuhkan lalu Malaysia harus perkenalan sistem pendidikan percuma? Atau pihak PTPTN perlu memansuhkan 'bunga' supaya mengikut apa yang di perintah oleh Allah swt? Kaedah yang mana satu yang harus kita gunakan? Dalam hal ini, banyak yang harus kita ambil kira, tetapi soal HALAL dan HARAM kita tidak boleh 'tawar-menawar' kerana apa yang telah tertulis di dalam buku Allah, tidaklah boleh kita dengan sewenangnya mengubah atau ambil remeh. Adakah hal pinjaman ini berbangkit hanya sekadar gimik atau mainan politik? Tiada siapa yang tahu. Saya faham ramai mahasiswa diluar sana yang sedang bergelodak jiwanya inginkan pendidikan percuma kerana mengikut pandangan sesetengah dari mereka, Malaysia mampu untuk memberikan pendidikan percuma. Tetapi adakah mereka terfikir, jikalau kerajaan berikan kemudahan atau privillege sebegitu kepada 'Malaysian' khususnya anak-anak muda yang bakal menerajui tampuk pemerintahan negara kita nanti, tidakkah mereka akan ambil sambil lewa peluang menyambung pelajaran yang diberikan ke peringkat IPTA mahupun di IPTS? Ini adalah kerana, realiti kehidupan manusia sering mempamerkan apabila kita diberikan dengan sesuatu yang PERCUMA, kita akan kurang menghargainya berbanding jika ianya menggunakan DUIT kita sendiri. Maaf jika andaian saya ini kurang tepat, tetapi itulah realiti yang saya lihat sepanjang saya bernafas di bumi Allah ini. Pinjaman PTPTN tidaklah harus dimansuhkan mengikut pandangan saya, tetapi apa yang pihak PTPTN perlu atau seeloknya lakukan ialah mansuhkan 'service charge' yang mereka kenakan terhadap si peminjam. Bukankah di dalam Islam itu sendiri sudah mengharamkan Riba? Jadi anak-anak muda di luar sana, usahlah kamu begitu cepat melenting, dan marah tentang isu ini. Demonstrasi memang merupakan antara medium untuk kita menyampaikan hasrat atau memorandum, tetapi di dalam situasi ini, menurut saya adalah lebih baik jika kita sebagai generasi muda yang mempunyai tahap intektual yang tinggi buatlah bantahan jika anda kurang bersetuju dengan sistem yang ada sekarang dengan cara yang lebih bijak dan berkesan. Demonstrasi jalanan hanya akan mengeruhkan keadaan yang sedia ada. Sekian dari saya, maaf jika pandangan atau buah fikiran saya ini tidak selaras atau sama dengan kalian yang lain. p/s: Cubalah ubah sesuatu dengan tidak melukakan orang lain

Selasa, 1 Mei 2012

It's over

Permulaan yang cukup indah buat aku, lalu aku juga berhajat untuk mengakhirinya dengan cara yang baik. Apa yang telah kami putuskan hari ni mungkin yang paling baik untuk kami dan agama kami. Terima kasih Allah kerana membukakan hati kami untuk memilih jalan yang lebih diredhai-Mu. InsyaAllah, takdir, jodoh dan mati semua di tangan-Mu, jadi aku tidak pernah risau kerana aku tahu yang Kau telah takdirkan aku dengan sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah. Semoga kau bertemu jodoh yang terbaik buat dirimu. P/s: kita jumpa lagi jika hayat masih lagi dikandung badan, insyaAllah.

Khamis, 12 April 2012

Mengaktifkan diri




Salam semua. Yes, it has been ages aku tak update apa-apa pun kat blog. Been really busy to the max wa cakap lu.haha. This semester im taking 8 subjects thats why la tahap kesibukkan gua macam haram sedikit.Harap maklum. Dalam pada sibuk menuntut ilmu dunia dan ilmu Allah, aku sempat jugak la memaksa diri aku jebakkan diri dalam society kat kuliyyah aku. This is my first time joining the society since the past 1 and the half year i've been in UIA, so i'm quite excited about it. At first masa nampak meja pendaftaran ' registration for new sub-comm' I was like 'nak masuk ke tak' nak masuk ke tak'. Then I was like ' kang dah masuk,busy pulak, takda masa nak belajar'. Then one moment, my roomate said that she already took the form for me. Yipppie. haha. Macam tau-tau je roomate aku yg aku mmg nak join benda alah tu.haha. Nak dijadikan cerita supaya lebih enak di dengar, aku berjaya di serap masuk ke dalam EMSS SPORT SECRETARIAT. Aku tak minat biro lain so memang syukur la dapat biro yang aku minat. Since aku memang minat bersukan and rasa sukan tu sangat dekat dengan aku,aku pun apply la for Sport Bureau. The best part is my close friends sumedapat masuk biro yang sama, lagi la best kan, geng bas sekolah sume satu biro. haha. Since that day when I was offered to be part of the Sport Secretariat's member, I knew a lot of new things and the wonderful part is I got the chance to get to know many new friends.

Tak nak cerita banyak, aku just nak share my new family member kat uia ni. :-)

Kenapa harus sekarang?

Oh Kak 'Sal' kenapa lah kau muncul sekarang? Kenapa bukan dari dulu lagi? :-)





p/s: can't get rid of it.

Rabu, 11 Januari 2012

Terima kasih Malaysian Government!




Ye, apa yang anda lihat ini adalah baucar buku 1Malaysia yang diberikan oleh pihak Kerajaan Malaysia untuk semua penuntut dia IPT. Sangat-sangat membantu untuk mengurang beban rakyat yang bependapatan rendah. Thanks once again. Saya amat menghargainya.



P/s: jangan asyik nak mencari kesalahan orang lain, terima apa yang ada. Bersyukurlah.

kenangan lalu

Sekuat mana aku bertahan, aku masih terikat pada kenangan lalu.
Sejauh mana aku berlayar, bayanganmu mengekoriku.
Setekad mana hati ini mengatakan tidak padamu, semakin kuat tarikan itu.

Tapi, itu semua sudah berlalu.
Kau pergi meninggalkan aku walau aku tidak bersedia.
Terpinga-pinga aku mencarimu,
Rupanya-rupanya kau hanya kenangan lalu.