Permulaan yang cukup indah buat aku, lalu aku juga berhajat untuk mengakhirinya dengan cara yang baik. Apa yang telah kami putuskan hari ni mungkin yang paling baik untuk kami dan agama kami. Terima kasih Allah kerana membukakan hati kami untuk memilih jalan yang lebih diredhai-Mu. InsyaAllah, takdir, jodoh dan mati semua di tangan-Mu, jadi aku tidak pernah risau kerana aku tahu yang Kau telah takdirkan aku dengan sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah. Semoga kau bertemu jodoh yang terbaik buat dirimu.
P/s: kita jumpa lagi jika hayat masih lagi dikandung badan, insyaAllah.