Khamis, 3 Mei 2012

PTPTN harus DIMANSUHKAN atau TIDAK?

Assalamualaikum buat semua. Seperti yang kita semua sedia maklum, negara kita kini sedang dihidangkan dengan isu pinjaman PTPTN. Aku sendiri tak pasti kenapa isu ni dengan secara tiba-tiba berbangkit, sedangkan kita semua tahu yang PTPTN ni dah lama bertapak dekat negara kita ni untuk bantu anak-anak Malaysia sambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di IPTA/IPTS. Ini pandangan saya sebagai seorang mahasiswa. Pada aku, pinjaman itu adalah bersifat bukan paksaan malah ia lebih kepada rela. Rela di dalam konteks ini membawa erti jika kamu mempunyai kudrat dan bersedia untuk membayar apa yang kamu telah pinjam, ianya tidak salah dari segi undang-undang.Malah di dalam Islam juga sangat menitik beratkan perihal hutang ini. Tetapi, yang menjadikan isu pinjaman PTPTN ini lebih hangat lagi menyengat ialah tentang 'bunga' atau di dalam bahasa inggerisnya 'interest' yang dikenakan oleh pihak PTPTN. Menurut sesetengah pihak, bunga yang dikenakan terlalu tinggi, malah ada juga yang merungut tentang 'caj perkhidmatan' yang dikenakan juga tinggi. Asalnya, jikalau kita rujuk kepada sistem ekonomi atau perbankan Islam itu sendiri, Allah swt telah terang-terang nyatakan di dalam kalamnya, iaitu Al-Quran bahawa Riba itu adalah haram di sisi agama. Jadi, siapa yang harus di persalahkan dalam hal pinjaman PTPTN ini? Adakah golongan yang memaksa supaya pinjaman ini dimansuhkan lalu Malaysia harus perkenalan sistem pendidikan percuma? Atau pihak PTPTN perlu memansuhkan 'bunga' supaya mengikut apa yang di perintah oleh Allah swt? Kaedah yang mana satu yang harus kita gunakan? Dalam hal ini, banyak yang harus kita ambil kira, tetapi soal HALAL dan HARAM kita tidak boleh 'tawar-menawar' kerana apa yang telah tertulis di dalam buku Allah, tidaklah boleh kita dengan sewenangnya mengubah atau ambil remeh. Adakah hal pinjaman ini berbangkit hanya sekadar gimik atau mainan politik? Tiada siapa yang tahu. Saya faham ramai mahasiswa diluar sana yang sedang bergelodak jiwanya inginkan pendidikan percuma kerana mengikut pandangan sesetengah dari mereka, Malaysia mampu untuk memberikan pendidikan percuma. Tetapi adakah mereka terfikir, jikalau kerajaan berikan kemudahan atau privillege sebegitu kepada 'Malaysian' khususnya anak-anak muda yang bakal menerajui tampuk pemerintahan negara kita nanti, tidakkah mereka akan ambil sambil lewa peluang menyambung pelajaran yang diberikan ke peringkat IPTA mahupun di IPTS? Ini adalah kerana, realiti kehidupan manusia sering mempamerkan apabila kita diberikan dengan sesuatu yang PERCUMA, kita akan kurang menghargainya berbanding jika ianya menggunakan DUIT kita sendiri. Maaf jika andaian saya ini kurang tepat, tetapi itulah realiti yang saya lihat sepanjang saya bernafas di bumi Allah ini. Pinjaman PTPTN tidaklah harus dimansuhkan mengikut pandangan saya, tetapi apa yang pihak PTPTN perlu atau seeloknya lakukan ialah mansuhkan 'service charge' yang mereka kenakan terhadap si peminjam. Bukankah di dalam Islam itu sendiri sudah mengharamkan Riba? Jadi anak-anak muda di luar sana, usahlah kamu begitu cepat melenting, dan marah tentang isu ini. Demonstrasi memang merupakan antara medium untuk kita menyampaikan hasrat atau memorandum, tetapi di dalam situasi ini, menurut saya adalah lebih baik jika kita sebagai generasi muda yang mempunyai tahap intektual yang tinggi buatlah bantahan jika anda kurang bersetuju dengan sistem yang ada sekarang dengan cara yang lebih bijak dan berkesan. Demonstrasi jalanan hanya akan mengeruhkan keadaan yang sedia ada. Sekian dari saya, maaf jika pandangan atau buah fikiran saya ini tidak selaras atau sama dengan kalian yang lain. p/s: Cubalah ubah sesuatu dengan tidak melukakan orang lain