p/s: Tak sabar nak tengok filem Sekali Lagi. 30/6
Rabu, 15 Jun 2011
Dapat jugak.
Akhirnya aku dapat jugak menonton filem KL Gangster tu.Tapi, yang lebih menyeronokkan ialah inilah kali pertama aku tengok wayang sorang-sorang ye.haha. Kawan-kawan semua dah habis cuti, kakak aku pulak kerja, memang harapan la nak tengok beramai-ramai. So, aku pun pergi je la tengok sorang-sorang. The best part is dah 2nd week kat panggung pun still full house tau! Thumbs up la kpd semua yang terlibat bagi menjayakan filem ni. Tahniah
Ahad, 12 Jun 2011
Okay aku penat.

Semalam aku plan dah dengan kakak aku nak tengok filem KL Gangster. 1st place kitorg pergi kat Tgv Wangsa Walk. Perghhh full house beb straight sampai malam. Gila!haha. Tanpa rasa putus asa dan masih bersemangat ingin menonton filem tempatan kita, aku pun drive la kereta pergi ke Cap Square pulak.*dengan harapan dapat tengok*.
Tapi, tapi dan tapi. Situasi bertambah haru biru bila budak lelaki yang tembam-tembam kat kaunter tiket tu cakap kat aku ' Sorry kak, Kl Gangster memang tak masuk kat sini, akak cuba la kat tempat lain'. Haha,tahniah la ye buat aku. Dah pergi dua panggung wayang, tapi hampehh, tak dapat tengok jugak. Lastly, aku dengan kakak aku yang jadi gangster dalam kereta sebab bengang tak dapat tengok.haha
Khamis, 9 Jun 2011
Aku kenang sampai mati
Kau memang akan aku kenang sampai mati. Sebab? Ada macam-macam sebab. Kau manusia yang orang putih panggil 'unpredictable' sebab dalam diri kau ada macam-macam emosi. Emosi yang ikut suka kau je nak campak bila-bila.
Kata-kata yang keluar dari lidah kau, menghina, mengherdik dan mencaci dia seperti dia langsung tidak bererti buat kau. Rasa hormat dan kasih itu masih ada aku tinggalkan untuk kau, tapi sayang dari hari ke hari, aku mengharapkan kau berubah kepada sesuatu yang lebih baik, tapi kali ini aku silap lagi.
Kau memang tak akan pernah mahu berubah. Kenapa? Kau selesa dan bangga dengan apa yang dah kau lakukan kepada dia sehingga hari ini? Dialah tulang belakang kau selama ini. Dia jugaklah 'punching bag' kau sepangjang kau menghela nafas ini.
Kalau nak dikira, aku rasa dah bergelen-gelen airmatanya menitis kerana kekejaman kau. Berubahlah sebelum terlambat. Berubahlah sebelum dia pergi menemui pencipta-Nya.
p/s: Aku kecewa tetapi didalam masa yang sama, aku bangga punyai kau sebagai sebahagian watak-watak penting di dalam episod hidup aku kerana kau telah banyak mempamerkan isi kehidupan yang sebenar.Kehidupan yang dipanggil realiti. Hidup tidak selalunya indah kerana hujan akan datang menemani.
Fenomena Baru

OMG! Drama ni memang best OK. Aku suka sangat dgn watak Seth Tan dan Nora Elena tu. Amboii romantik xhengat u ollss!hehe. Sekarang ni dah jadi fenomena dah kat Msia bila dah semakin ramai penerbit-penerbit drama dan filem menghasilkan drama dan filem mereka berdasarkan novel-novel yang best. Tapi drama ni dah nak habis dah. Next week is the last week on air tau , sedih aku.* sambil mengesat airmata.
Plot cerita dia menarik, xmacam cerita-cerita cinta yang lain. Ok sekian.
Selasa, 31 Mei 2011
Kau luar biasa
Dia hanya manusia biasa yang telus dalam berkata-kata,
Dia manusia yang bijak mengatur satu per satu langkah kakinya,
Apa dibenaknya sama dengan apa yang aku tafsirkan,
Tapi mengapa dia?
Mengapa harus dia yang menjadi pilihan itu?
Pilihan yang aku terpaksa pilih?
Kau memang luar biasa,
Kerana kau adalah Aku.
Kasut biru berbilahkan pisau dibawahnya? What the hell is that?haha



Yes! Tajuk entri kali ini agak menyeronokkan ye.haha.*aku je la yg rasa seronok. Kasut apa yang aku maksudkan tu? Ha, kalau hampa semua nak tau, itulah dia kasut yg cheq dan rakan-rakan cheq gunakan semasa aktiviti meluncur di atas permukaan air batu.haha.*maaf, aku sekali lagi terbabas menulis didalam loghat kedah. Itulah pertama kali aku menceburkan diri dalam permainan 'ice skating'.haha. Menceburkan diri gituuu, jgn main-main na.haha. Seronok dia jangan cakap la kawan, mmg aku have fun gila, tapi part yang tak berapa nak seronok ialah apabila aku dengan riang-ria rayanya tergolek, tersungkam dan terjatuh dgn pelbagai gaya akibat gaya luncuran yang agak tidak professional. hahahah!!! Aku pun xtau la berapa kali aku dah jatuh dan memalukan diri di tengah-tengah Sunway Pyramid shopping mall tu.haha. Korang jgn tak tahu ye,aku dgn kawan-kawan aku ni kalau dah plan nak hang out sekali, mmg kitorang akan pergi macam Rombongan Cik Jah la gayanya. That day, rombongan kami ke Sunway merangkumi 3 laki-laki dan 7 perempuan. Tak ke ramai tu?hehe. Sesungguhnya kami mmg suka bergerak didalam kumpulan yang bersaiz besar. Ala bak kata pepatah ' the more the merrier'.haha
Gambar tak banyak sebab kt dalam tu tak boleh tangkap gambar.
K then till here, see you when I see you folks! Salam
Sesuatu yang perlukan perubahan
Hidup serba-serbi dalam kemewahan dan kecanggihan teknologi di dunia, hari ini ramai yang lalai sehingga kemodenan menghakis adab dan tatatusila manusia. Aku pelik, manusia kini lebih gemar mengikuti arus kemodenan yang hanya sementara di saat kita harus menyelami arus yang kekal dan pasti. Kita sering menjadikan tuntutan kehidupan sebagai alasan mengapa kita jauh daripada jalan-Nya. Sedarlah wahai manusia dan sedarlah wahai diri yang selalu alpa dengan keseronokkan di alam yang sementara.
* Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan kami dari jalanMu, sesungguhnya kami minta supaya Kau jauhkan kami daripada sifat-sifat buruk dan lalai. Amin.
Langgan:
Catatan (Atom)