Khamis, 9 Jun 2011

Aku kenang sampai mati

Kau memang akan aku kenang sampai mati. Sebab? Ada macam-macam sebab. Kau manusia yang orang putih panggil 'unpredictable' sebab dalam diri kau ada macam-macam emosi. Emosi yang ikut suka kau je nak campak bila-bila.

Kata-kata yang keluar dari lidah kau, menghina, mengherdik dan mencaci dia seperti dia langsung tidak bererti buat kau. Rasa hormat dan kasih itu masih ada aku tinggalkan untuk kau, tapi sayang dari hari ke hari, aku mengharapkan kau berubah kepada sesuatu yang lebih baik, tapi kali ini aku silap lagi.
Kau memang tak akan pernah mahu berubah. Kenapa? Kau selesa dan bangga dengan apa yang dah kau lakukan kepada dia sehingga hari ini? Dialah tulang belakang kau selama ini. Dia jugaklah 'punching bag' kau sepangjang kau menghela nafas ini.

Kalau nak dikira, aku rasa dah bergelen-gelen airmatanya menitis kerana kekejaman kau. Berubahlah sebelum terlambat. Berubahlah sebelum dia pergi menemui pencipta-Nya.


p/s: Aku kecewa tetapi didalam masa yang sama, aku bangga punyai kau sebagai sebahagian watak-watak penting di dalam episod hidup aku kerana kau telah banyak mempamerkan isi kehidupan yang sebenar.Kehidupan yang dipanggil realiti. Hidup tidak selalunya indah kerana hujan akan datang menemani.