Semalam aku plan dah dengan kakak aku nak tengok filem KL Gangster. 1st place kitorg pergi kat Tgv Wangsa Walk. Perghhh full house beb straight sampai malam. Gila!haha. Tanpa rasa putus asa dan masih bersemangat ingin menonton filem tempatan kita, aku pun drive la kereta pergi ke Cap Square pulak.*dengan harapan dapat tengok*.
Tapi, tapi dan tapi. Situasi bertambah haru biru bila budak lelaki yang tembam-tembam kat kaunter tiket tu cakap kat aku ' Sorry kak, Kl Gangster memang tak masuk kat sini, akak cuba la kat tempat lain'. Haha,tahniah la ye buat aku. Dah pergi dua panggung wayang, tapi hampehh, tak dapat tengok jugak. Lastly, aku dengan kakak aku yang jadi gangster dalam kereta sebab bengang tak dapat tengok.haha