p/s: Tak sabar nak tengok filem Sekali Lagi. 30/6
Rabu, 15 Jun 2011
Dapat jugak.
Akhirnya aku dapat jugak menonton filem KL Gangster tu.Tapi, yang lebih menyeronokkan ialah inilah kali pertama aku tengok wayang sorang-sorang ye.haha. Kawan-kawan semua dah habis cuti, kakak aku pulak kerja, memang harapan la nak tengok beramai-ramai. So, aku pun pergi je la tengok sorang-sorang. The best part is dah 2nd week kat panggung pun still full house tau! Thumbs up la kpd semua yang terlibat bagi menjayakan filem ni. Tahniah
Ahad, 12 Jun 2011
Okay aku penat.
Semalam aku plan dah dengan kakak aku nak tengok filem KL Gangster. 1st place kitorg pergi kat Tgv Wangsa Walk. Perghhh full house beb straight sampai malam. Gila!haha. Tanpa rasa putus asa dan masih bersemangat ingin menonton filem tempatan kita, aku pun drive la kereta pergi ke Cap Square pulak.*dengan harapan dapat tengok*.
Tapi, tapi dan tapi. Situasi bertambah haru biru bila budak lelaki yang tembam-tembam kat kaunter tiket tu cakap kat aku ' Sorry kak, Kl Gangster memang tak masuk kat sini, akak cuba la kat tempat lain'. Haha,tahniah la ye buat aku. Dah pergi dua panggung wayang, tapi hampehh, tak dapat tengok jugak. Lastly, aku dengan kakak aku yang jadi gangster dalam kereta sebab bengang tak dapat tengok.haha
Khamis, 9 Jun 2011
Aku kenang sampai mati
Kau memang akan aku kenang sampai mati. Sebab? Ada macam-macam sebab. Kau manusia yang orang putih panggil 'unpredictable' sebab dalam diri kau ada macam-macam emosi. Emosi yang ikut suka kau je nak campak bila-bila.
Kata-kata yang keluar dari lidah kau, menghina, mengherdik dan mencaci dia seperti dia langsung tidak bererti buat kau. Rasa hormat dan kasih itu masih ada aku tinggalkan untuk kau, tapi sayang dari hari ke hari, aku mengharapkan kau berubah kepada sesuatu yang lebih baik, tapi kali ini aku silap lagi.
Kau memang tak akan pernah mahu berubah. Kenapa? Kau selesa dan bangga dengan apa yang dah kau lakukan kepada dia sehingga hari ini? Dialah tulang belakang kau selama ini. Dia jugaklah 'punching bag' kau sepangjang kau menghela nafas ini.
Kalau nak dikira, aku rasa dah bergelen-gelen airmatanya menitis kerana kekejaman kau. Berubahlah sebelum terlambat. Berubahlah sebelum dia pergi menemui pencipta-Nya.
p/s: Aku kecewa tetapi didalam masa yang sama, aku bangga punyai kau sebagai sebahagian watak-watak penting di dalam episod hidup aku kerana kau telah banyak mempamerkan isi kehidupan yang sebenar.Kehidupan yang dipanggil realiti. Hidup tidak selalunya indah kerana hujan akan datang menemani.
Fenomena Baru
OMG! Drama ni memang best OK. Aku suka sangat dgn watak Seth Tan dan Nora Elena tu. Amboii romantik xhengat u ollss!hehe. Sekarang ni dah jadi fenomena dah kat Msia bila dah semakin ramai penerbit-penerbit drama dan filem menghasilkan drama dan filem mereka berdasarkan novel-novel yang best. Tapi drama ni dah nak habis dah. Next week is the last week on air tau , sedih aku.* sambil mengesat airmata.
Plot cerita dia menarik, xmacam cerita-cerita cinta yang lain. Ok sekian.
Langgan:
Catatan (Atom)