Sedar atau tidak, kita sudah pun memasuki fasa ke-3 bulan ramadhan. Sungguh cepat masa itu meninggalkan kita. Aku, macam biasalah semakin excited membuat persiapan raya. Biskut raya dah 2 balang aku buat dan aku jugaklah yang menghabiskan 1/2 balang. haha. Tahniah untuk aku.
Ok cukup pasal biskut raya. Baju raya? Ah malas aku nak cakap pasal baju raya. Sebab apa? Sebab sampai la ni pun aku tak ada baju kurung yang nak di pakai di pagi raya nanti. Semua design aku tak berkenan. So pakai je baju kurung lama. Tak perlu membazir ye dok.
Hujung minggu depan aku ada majlis iftar beramai-ramai dengan kawan-kawan sekolah aku. I can't wait to meet them. Ada yang dah setahun lebih tak jumpa. Maklumlah semuanya dah terpiasah lepas habis sekolah.haha.
Ok lah, cukup sampai situ cerita aku untuk minggu ini. Akan aku update di sini lagi minggu hadapn ya.
p/s: Jangan lupa bangun tengah malam buat Qiam, tadarus al-Quran dan buat lah seberapa banyak solat-solat sunat yang mampu. Selamat beramal semua
Ahad, 21 Ogos 2011
Rabu, 3 Ogos 2011
Alhamdulillah, dapat jugak aku bertemu dengannya
Dengan siapa? Ha itu lah yang aku nak cerita ni. Syukur yang tak terhingga kepada-Nya kerana mempertemukan aku dan seluruh keluarga aku sekali lagi dengan bulan yang penuh keberkatan, bulan yang di nanti-nantikan oleh semua umat manusia, Ramadhan Al-Mubarak.
Hati aku sering terdetik, 'adakah ini ramadhan yang terakhir buat aku?'. Dan kadangkala aku juga terfikir adakah ramadhan kali ini akan menjadi lebih baik dari yang sebelumnya? Wuallahualam.
Maaf agak terlewat entri kali ini. Dah puasa yang ke-4 baru aku nak update. Jadi, bagaimana ramadhan kalian semua? Is it going well? Aku harap semua berjalan dengan baik. Mudah-mudahan. Kata akhir dari aku, selamat menunaikan ibadah puasa buat semua umat Islam di seluruh isi alam.
p/s: Islamspeaks : Org yg berpuasa belum tentu akan menjaga solatnya, tetapi org yg menjaga solatnya sudah tentu akan berpuasa.

Langgan:
Catatan (Atom)