Rabu, 3 Ogos 2011

Alhamdulillah, dapat jugak aku bertemu dengannya

Dengan siapa? Ha itu lah yang aku nak cerita ni. Syukur yang tak terhingga kepada-Nya kerana mempertemukan aku dan seluruh keluarga aku sekali lagi dengan bulan yang penuh keberkatan, bulan yang di nanti-nantikan oleh semua umat manusia, Ramadhan Al-Mubarak.
Hati aku sering terdetik, 'adakah ini ramadhan yang terakhir buat aku?'. Dan kadangkala aku juga terfikir adakah ramadhan kali ini akan menjadi lebih baik dari yang sebelumnya? Wuallahualam.

Maaf agak terlewat entri kali ini. Dah puasa yang ke-4 baru aku nak update. Jadi, bagaimana ramadhan kalian semua? Is it going well? Aku harap semua berjalan dengan baik. Mudah-mudahan. Kata akhir dari aku, selamat menunaikan ibadah puasa buat semua umat Islam di seluruh isi alam.

p/s: Islamspeaks : Org yg berpuasa belum tentu akan menjaga solatnya, tetapi org yg menjaga solatnya sudah tentu akan berpuasa.