Aku tunggu. Tapi kau tak datang pun.
Semalam aku tunggu kau di warung mamak tu, tapi kau tak datang jugak. Tahun lepas, tarikh dan waktu yang sama, aku tunggu kau tapi, kau tak datang.
Penat. Lelah aku menuggu. Menunggu kau Sang Pemimpi yang tidak akan pernah mahu untuk menemui aku.
Tak apa, aku akan terus menunggu kau walaupun kau hanya dalam khalayan aku.
*hampa*
Ahad, 24 Julai 2011
Khamis, 7 Julai 2011
Tolehan Terakhir
Pagi itu mata kita terkunci lagi. Kau, adalah salah satu dari ciptaan-Nya yang infiniti. Yang tidak aku kenali.
Ingin aku paksa bibir ini untuk ungkapkan bait-bait ayat yang telah aku ciptakan.
Bodoh! Kaku lagi seperti biasa.
Tolehan kau buat aku tika itu sampai kini masih segar di benak aku. Sungguh mendalam.
Sampai detik ini aku masih bingung tertanya-tanya. Adakah kau turut merasakan yang sama ? Sama dengan apa yang aku rasa ketika mata kita saling terkunci ?
Tidak terfikir aku. Tidak terbayang aku. Tidak aku bersedia untuk itu. Kerana tolehan kau itu adalah tolehan terakhir buat aku.
p/s : Semoga kau datang lagi bermain dalam lena ini.
Langgan:
Catatan (Atom)