Ingin aku paksa bibir ini untuk ungkapkan bait-bait ayat yang telah aku ciptakan.
Bodoh! Kaku lagi seperti biasa.
Tolehan kau buat aku tika itu sampai kini masih segar di benak aku. Sungguh mendalam.
Sampai detik ini aku masih bingung tertanya-tanya. Adakah kau turut merasakan yang sama ? Sama dengan apa yang aku rasa ketika mata kita saling terkunci ?
Tidak terfikir aku. Tidak terbayang aku. Tidak aku bersedia untuk itu. Kerana tolehan kau itu adalah tolehan terakhir buat aku.
p/s : Semoga kau datang lagi bermain dalam lena ini.