Rabu, 11 Januari 2012

Terima kasih Malaysian Government!




Ye, apa yang anda lihat ini adalah baucar buku 1Malaysia yang diberikan oleh pihak Kerajaan Malaysia untuk semua penuntut dia IPT. Sangat-sangat membantu untuk mengurang beban rakyat yang bependapatan rendah. Thanks once again. Saya amat menghargainya.



P/s: jangan asyik nak mencari kesalahan orang lain, terima apa yang ada. Bersyukurlah.

kenangan lalu

Sekuat mana aku bertahan, aku masih terikat pada kenangan lalu.
Sejauh mana aku berlayar, bayanganmu mengekoriku.
Setekad mana hati ini mengatakan tidak padamu, semakin kuat tarikan itu.

Tapi, itu semua sudah berlalu.
Kau pergi meninggalkan aku walau aku tidak bersedia.
Terpinga-pinga aku mencarimu,
Rupanya-rupanya kau hanya kenangan lalu.

Sudah berakhir

Salam semua. Yes! Aku happy sangat-sangat sebab final exam for this semester baru je berakhir. Last paper was Principles of Macroeconomics. Not that bad, tapi MCQ dia boleh tahan la susah, aku rasa dia bagi 4 pilihan jawapan pun aku tak dapat-dapat jugak bulatkan jawapan yang betul. Haha. *mungkin aku yang xbaca tajuk tu*
Okay apa-apa pun semua dah selesai, usaha sudah diletakkan, jadi aku bertawakal je la kepada tuhan, kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku. InsyaAllah. Lepas ni apa lagi, CUTI la!!! Setelah berkira-kira, aku hanya akan bercuti riang ria raya selama 27 hari sahaja. Sedih! Cuba la genabkan sebulan, kan senang tu bila orang tanya 'cuti berapa lama ni?'. Ni kang aku nak kena jawab '27 hari je cuti'. Tak ke kelakar bunyinya tu. Haha.
So far, my beloved and only big sister have planned what am i going to do during my sem break. Yeay! I love you sis. Cant wait to go through this 27 days that i have with all those special stuff and moments. See ya.
Salam