Rabu, 3 November 2010

Terperangkap kerana jerat yang dicari.

Keangkuhan kau membuatkan kau terperangkap.Kenapa mesti kau bertukar menjadi begitu angkuh?Sampai kan kedua orang tua yg berhempas pulas mengerah keringat mereka siang dan malam hanya sekadar ingin memberi kesenangan pada kau,di buang begitu sahaja.Diherdik bagai tiada sekelumit pun rasa hormat kau terhadap mereka.Berdosa sangatkah mereka terhadap kau?Atau kau yang takut akan asal usul kau wahai anak Adam?

Aku tak paham.Perlu sangat ke perubahan sebegitu?
Aku kira,kau tidak pernah dan tidak akan endah dengan apa yang ada di sekeliling mu.Rugi sungguh jika aku berada diposisi kau.Rugi!

Perubahan yang sia-sia.Pergilah bawa diri yang menurut kau sangat hebat dan sempurna.Kau lupa jasa kami.Kau lupa asal-usul kau wahai insan.Kau lalai dan hanyut dibawa arus duniawi.





p/s: Hentikan ini sementara mata kau masih lagi bisa melihat sinaran terik matahari,sementara kulit kau masih bisa merasai dingin embun dan sementara mulut kau masih bisa bicarakan kata maaf.