Ahad, 31 Oktober 2010

Jalan Tuanku Abdul Rahman.

sogo yang 24/7 sesak dengan manusia
taburan manusia di tengah kota raya


Lokasi hari ini : Jalan TAR

Teman bershopping : ibu tersayang.(thanks for today ma,lain kali bwk pg jalan2 lg.hehe)

Barang-barang yg tlh di beli : ohh,itu rahsia.hehe.

Situasi ketika itu : sesak dengan manusia yg xpnh puas dgn apa yg dimiliki(trmsuk aku la tu.haha).mereka membeli dan terus membeli.
Rakyat Msia sgt pemurah bila bab2 beli-belah ni.tgk la peniaga2 kt Jln TAR tu dah kaya-raya dibuatnya.haha



p/s:alhamdulillah,im happy with what i've got.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Belum sempurna.

Ya aku tahu.
Aku tahu aku belum sempurna.Dan aku tidak akan pernah sempurna.
Pasti ramai yang tahu hakikat itu kan.
Yang sempurna hanya Dia.Hanya Dia,tiada yang lain.
Walaupun ramai yang mendabik dada mengatakan mereka hampir sempurna.

Itu palsu.

Yang pasti aku pernah menjadi salah seorang daripada golongan itu.Golongan palsu.
MasyaAllah.Tapi kini aku berusaha bukan untuk menjadi sempurna,tetapi aku berusaha untuk menjadi yang terbaik di sisi-Nya.

InsyaAllah dengan izin-Nya.

Jangan Ucapkan.

Janganlah kau ucapkan jika kau tidak benar-benar maksudkannya,
Tolong aku mohon,
Aku mohon jangan kau ucapkan lagi.

Kekecewaan yang telah kau ukir masih terang dan jelas disitu,
Tolong aku mohon,
Jangan kau dekati lagi kerana aku tidak sanggup untuk teruskan ini.

Jangan kau muncul lagi dibenak ini,
Aku takut dan serik,
Serik kerana takut tidak dapat keluar dari dunia kau wahai si alpa.

Kecewa Lagi.

Maafkan aku,
Maafkan aku jika kau terluka,
Terluka kerana kekasaran aku berbicara,
Terluka kerana keaiban yang disengaja.

Maafkan aku,
Maafkan aku kerana terpaksa melukakan,
Maafkan aku kerana akhirnya kau kecewa lagi,
Kecewa lagi kerana aku.

Tak terconteng jugak.Letih

Sudah hampir kebas jari-jemari aku menari-nari diatas papan kekunci ini.Asalnya ingin kongsikan sesuatu di sini.
Sudah berjam-jam lamanya aku duduk menghadap screen komputer riba yang hampir penat melihat wajah lesu aku yang tidak henti-henti menekan-nekan badannya.Tak terconteng jugak akhirnya nukilan perasaan aku diruangan ini.
Bosan sungguh meniti hari-hari aku tanpa pengisian yang menarik.Tidak ada apa yang keluar di benak fikiran aku selain kau,wajah kau,senyum kau.hanya kau.

p/s:bodoh jika aku terus memikirkan kau.tidak menguntungkan.arghhh!

Khamis, 28 Oktober 2010

Picture of them




mereka gila seperti saya.haha
Terima Ya Allah kerana mengurniakan mereka kpd saya..=)

ps: Ezzaty,Leena & Pah tlg la hbs final xam tu cpt skit k.haha.jgn smp aku yg amikkan xam korg.haha


Aku rindu diorang!


Apa yang penting sangat dengan diorang ni?haha.kalau nak tau diorang ni la kwn baik aku dunia dan akhirat.susah senang kitorang jalani bersama.cewahhh.bkn kt sush senang je,ktorg shopping menghabiskan duit pn same2 jugak.haha.skrg ni aku tgh cuti semester.tp diorang xcuti2 lg.sunyi betul.Ezzaty,Pah & Leena cepat2 la blk k.aku nak bwk orang pg Broga Hill tau.Aku rindu nak dgr Leena melatah yg merepek meraban tu,aku rindu nk dgr Pah gelak and of course aku rindu nk dgr nasihat keibuan from kau Zaty.Pls do contact me if u oulsss dh ade kt Ampang ye.im really looking forward to meet u girls and sharing stories and laughter..k then.
I miss you guys vry much.

Jumaat, 22 Oktober 2010

Peperiksaan sudah berakhir,CUTI sedang menunggu


Entri kali ini menceritakan tentang perasaan aku yang membuak-buak kegembiraan kerana tamat sudah pengajian aku di Kampus UIA Nilai.yeahhh!no more books at the moment.tq.haha.Kini aku sedang menikmati waktu-waktu sengang yang telah aku isi dengan beberapa aktiviti yang cukup menarik seperti tidur,membaca,makan dan menonton rancangan yang menjadi kegemaran aku sekarang iaitu Stairway to Heaven,tapi Filipino version la,bukan korea ok.haha.sorry guys,aku xsuka korea2 sgt ni.eventhough korang cakap hero dia handsome gila pun,ada aku kesah?haha.Tapi,bila dah masuk minggu ke 3 aku berholiday,bosan dia MasyaAllah,tuhan je yang tau.haha.aku sampai dah tau nak buat ape sbb terlalu bosan.Cari kerja?mmg xla,sbb aku malas.haha
k la,sampai di sini sahaja entri kali ini.See you all around then.

Khamis, 21 Oktober 2010

Ada apa dengan Perasaan?



Sudah agak lama aku tidak kongsikan sesuatu di ruangan ini.Hari in aku ingin berkongsi tentang sesuatu.Apa yang kita tahu tentang perasaan?Perasaan adalah sesuatu yang dinamik.Ia adalah satu anugerah dari Yang Esa kepada hamba-Nya.
Tapi,mengapa masih ada manusia yang masih lagi tidak tahu menghargai tentang perasaan itu sendiri.Kita sering alpa tentang itu.Saban hari kita berkata mengikut hati tanpa mengambil kira perasaan orang lain.Itu adalah fitrah hidup yang kita harus terima.Manusia adalah insan yang tidak akan dapat lari dari hakikat itu.Aku sendiri sering mengabaikan hakikat bahawa perasaan adalah sesuatu yang mudah terusik.

p/s:Maafkan aku jika kau dapat mendengar.